
Ketua Polis Negara Ditipu Dengan Gambar Ini. Kesian!
April 30, 2012

Terkini! Hishammuddin Cakap Banyak Gambar BERSIH 3.0 Sudah Diedit, Minta Rakyat Jangan Percaya

Saya kesian dengan menteri sorang ni. Gambar yang betul dia cakap superimpose.
Bro, cuba tengok video youtube yang banyak dok tunjuk kekejaman polis kat rakyat.
Video pun edit juga ke? Bangang punya menteri.
Selangor Ucap Tahniah Sedia Khidmat Guaman Bantu Peserta BERSIH
TVSelangor
SHAH ALAM 30 APR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 3.0 demi menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Dalam satu kenytaan akhbar hari ini, beliau berkata, kehadiran lebih 200,000 orang di perhimpunan tersebut menggambarkan ketidakpuashatian rakyat terhadap sistem sedia ada yang jelas membelakangkan sistem demokrasi jitu di Malaysia.
“Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan kasar dan tidak profesional anggota polis terhadap peserta serta petugas media dan berpendirian bahawa Perdana Menteri perlu pastikan perkara ini disiasat secara adil.
“Bagi memastikan hak perlembagaan rakyat dijaga, Kerajaan Selangor akan menyediakan dana khidmat bantuan guaman kepada peserta perhimpunan yang menghadapi tindakan undang-undang,”katanya.
Jelas Abdul Khalid, bagi memastikan pilihanraya yang adil, kerajaan negeri menyokong penuh semua yang diperjuangkan dan dituntut oleh BERSIH.
Oleh itu, kerajaan negeri melancarkan program ‘Selangorku Bersih’ demi membersihkan senarai daftar pengundi secara besar-besaran dengan penglibatan masyarakat setempat.
Di bawah Program Selangorku Bersih ini, ketua kampung, penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turun padang untuk membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan senarai daftar pengundi di kawasan mereka adalah tepat dan bebas dari sebarang keraguan.
“Kita akan huraikan strategi program ini secara terperinci kepada penghulu, ketua kampung dan JKKK dalam satu pertemuan pada 8 Mei ini,” jelasnya.
Kerajaan Selangor berusaha membersihkan daftar pengundi apabila mendapati pertambahan mendadak jumlah pengundi baharu di seluruh negeri Selangor.
Sebelum ini, Menteri Besar dan sejumlah pengundi di Selangor dipindahkan tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri.
BERSIH 4.0 Jika SPR Gagal Laksana 8 Tuntutan
Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 30 APR : Perhimpunan BERSIH 4.0 mungkin dianjurkan pada bila-bila masa sekiranya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih gagal melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.
Lapan tuntutan itu termasuklah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, pimpinan tertinggi AMK telah mengadakan perbincangan untuk mendesak perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan ekoran tiada kesungguhan daripada SPR untuk mendengar suara rakyat.
Katanya, ia ditambah dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk mengenakan larangan wakil calon berada di barong SPR pada hari pengundian
“Kelihatannya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti adalah sebuah pilihan raya berat sebelah, kotor dan paling dahsyat pernah berlaku di negara ini. Kita sendiri dengan jelas melihat pemimpin Umno-BN juga tidak bersungguh-sungguh mendengar suara rakyat bahkan tidak melayan langsung,” katanya.
Beliau berkata, selain menghantar mesej kepada kerajaan Umno-BN, perhimpunan BERSIH 4.0 nanti juga akan terus mendesak SPR membersihkan senarai daftar pemilih.
Beliau turut menyarankan supaya semua pengundi di seluruh negara untuk menyemak senarai daftar pemilih bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau pertukaran kawasan mengundi semasa pilihan raya nanti.
Tambahnya, perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung tempoh hari juga bertambah ramai setelah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa Pengarah SPR dan Timbalannya merupakan ahli Umno.
“Walaupun dia (Pengarah SPR) kata bebas dan adil, macam mana nak buktikan sedangkan dah jadi ahli Umno. Sesiapa yang mendaftar keahlian, dia mesti taat pada arahan kepimpinan parti itu.
Justeru, kita akan menggesa pihak sekretariat BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan itu sekali lagi dalam masa terdekat.
Anwar: BN Gunakan Cara Hitler, Stalin Zalimi Rakyat
Nazli Ibrahim
SHAH ALAM, 30 APRIL: Tindakan kerajaan yang menganggap rakyat yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 3.0 Sabtu lalu sebagai penjenayah merupakan kaedah yang lazimnya digunakan oleh pemerintah kuku besi seperti di zaman Hitler dan Stalin.
Demikian menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Damansara hari ini.
Menurut Anwar kerajaan Umno-BN juga telah memburukan rakyat yang menentang kezaliman mereka melalui media yang dikuasai mereka.
“Cara pemerintah Umno-BN bertindak terhadap 300,000 orang yang berhimpun dengan berani dan gigih yang pastinya mewakili sentimen jutaan rakyat amat dikesalkan.
“Ini adalah kaedah biasa pemerintahan kuku besi mana-mana sahaja yang tidak akan menyebut punca kemarahan rakyat, yang tidak akan ulangi tuntutan rakyat tetapi akan mengalih untuk menjadikan rakyat sebagai mangsa.
“Menggunakan media yang dikuasai oleh parti pemerintah dan kelompok perasuah yang ditentang oleh rakyat.
“Jadi sekarang ini seperti mana di zaman Hitler dan Stalin di negara-negara kuku besi dan Burma sebelum ini di mana pembantah dianggap penjenayah dan penindas dianggap bersih,” kata Anwar.
Anwar juga menganggap tarikh 28 April 2012 merupakan hari ‘Merdeka Rakyat’ apabila rakyat negara ini bersatu suara bagi menyampaikan mesej kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan bagi menuntuk suatu pilihan raya bebas, adil dan bersih.
“28 april 2012 dgn kehadiran 300 ribu rakyat, bersatu suara meminta pilihan raya yang adil dan bebas.
“Anak muda, wanita datang dengan kebebasan dan semangat menuntut kebebasan dari dirompak oleh kelompok-kelompok lain dan mahu keadilan ditegakkan. Hari 28 April adalah hari merdeka rakyat,” ujar Anwar lagi.
Dalam sidang media yang sama, Anwar berkata tiada sebarang insiden berlaku sehinggalah polis mula bertindak menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang berhimpun.
“Dari jam 10 pagi sudah puluhan ribuan yang hadir tetapi tiada satupun insiden yang dapat mencemar imej baik perhimpunan secara aman itu, tetapi kita anggap sebagai satu majlis, pesta rakyat yang dahagakan kebebasan.
“Sebab itu hari itu saya anggap sebagai hari rakyat merdeka,” ujar Anwar lagi.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang turut berada dalam sidang media itu menambah dengan memberikan contoh demontrasi yang diadakan pada 9 Januari lalu ketika hari keputusan perbicaraan liwat yang dihadapi oleh Anwar.
“Kalau kita ingat semasa perhimpunan 901 lalu polis telah berkerjasama baik dengan kita walaupun cuma beri tempat di kawasan parkir yang tidaklah luas.
“Masa itu polis tidak bertindak mengejar dan sebagainya terhadap perserta perhimpunan, jadi perhimpunan telah berjalan dengan lancar tanpa huru-hara,” ujar Tian Chua.
Ketika menjawab satu soalan, Anwar berkata beliau dan Azmin tidak pernah mengeluarkan arahan agar perserta perhimpunan merempuh pagar duri yang digunakan menutup laluan ke Dataran Merdeka.
Sebaliknya menurut Anwar, beliau hanya mengarahkan peserta bergerak ‘ke kanan’ bermaksud menuju ke arah Jalan Tunku Abd Rahman.
Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan peserta perhimpunan yang memasuki ke kawasan Dataran Merdeka yang disifatkannya bukan satu perbuatan jenayah.
Anwar juga dengan sinis menempelak soalan tersebut dengan bertanya adakah memasuki Dataran merupakan satu kesalahan besar berbanding perbuatan menipu dalam pilihan raya.
Panas! Awan Berbentuk Simbol 1 Malaysia Terbalik Dilihat Semasa BERSIH 3.0

Gambar menarik semasa Bersih 3.0 berlangsung, awan menyerupai logo 1 Malaysia terbalik terbentuk berhampiran Masjid Jamek, subhanallah, mgkn tanda2 kerajaan 1Malaysia turut terlingkup lps ni.. di snap oleh seorang sahabat..
Sumber
Lagi Wajah Pemuda Mencurigakan Semasa Perhimpunan BERSIH 3.0 Didedahkan

Lagi Pendedahan Polis Pukul Polis Dalam BERSIH 3.0
April 29, 2012

Giler
Alhamdulillah. Dalam banyak gambar ada juga yang terkantoi!
Kami nak anda nilai sendiri la. Samada pihak kami yang silap atau memang betul orang yang sama dalam gambar tu.
Perangcangan kamu hebat tetapi kena ingat perancangan Allah lebih hebat.
Rakyat dah faham dan sedar!
Bersih 3.0! Polis Pukul Polis Terdedah?

Siapa mamat yang dok balun polis tu?
Kenapa tak pakai baju lambang bersih?
Muka sama atau palanduk dua serupa?
Anda boleh nilaikan sendiri. Harap polis ambil tindakan!
Anda Kenal SB? Adakah SB Polis Yang Memulakan Provokasi?


Pernah dengar apa itu SB?
Pernah dengan apa itu provokasi?
Diharapkan polis menyiasat kejadian ini dengan tulus ikhlas.
Polis Tembak Gas Pemedih Mata Kepada Polis!

Video BERSIH 3.0 Ini Memerlukan Anda Pegang Tisu Semasa Menontonya.
Kosmo Cakap Hanya 25 000 Penyokong Saja Hadiri Demo BERSIH 3.0? Tengok Video Ini
KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.
Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.
Video Bersih 3.0. Polis Menunjukan Sifat Sopan Santun Dan Profesional
Kredit by: Mohd Izuddin Nasaruddin
Editing: Shukri Mohamad
Akhbar Harian Kosmo Cakap Hanya 25 000 Saja Penyokong Yang Hadir Demo BERSIH?
Polis kelmarin mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam kelmarin hingga 1 Mei.
Katanya, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh bertindak ganas.
"Mereka membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka," katanya.
Antara yang menyertai Bersih 3.0 ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kemuncak perhimpunan pada pukul 12 tengah hari itu ialah perarakan seramai 25,000 penyokong pembangkang yang dibawa dari seluruh negara untuk menceroboh Dataran Merdeka tetapi usaha mereka gagal.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Bersih 3.0! Polis Guna Peluru Hidup Untuk Menghuraikan Perhimpunan? Tengok Gambar Ini!

Perbuatan orang hilang akal!
Bersih 3.0! Gambar Chegu Bard Selepas Dibebaskan.

Alhamdulillah. Beliau masih bersemangat untuk melawan kerajaan yang zalim.
Terkini Bersih 3.0! Lagi Gambar Kekejaman Dan Kekerasan Polis Kepada Rakyat Didedahkan
April 28, 2012
Terkini Bersih 3.0! Mangsa Rempuhan Kereta Polis Disiarkan

Terima kasih polis.
Kita akan hantar ke kubur mayat umno dan bn. Hapuskan mereka dalam pru13 nanti!
Terkini Bersih 3.0! Polis Pengganas?

Terkini Bersih 3.0! Gambar Tragis Chegu Bard dan Rakan Selepas Dipukul Separuh Mati!

Hasil kerja polis laknatullah. Ikut kata umno dan bn.
Terima kasih Najib!
Terkini Bersih 3.0! Salute Untuk Pemuda Ini! Tidur Depan Kereta FRU
Terkini Bersih 3.0! Video Polis Langgar Rakyat Disebarkan
Terkini Bersih 3.0! Keadaan seorang mangsa kekejaman polis

Live Bersih 3.0! Salut Untuk anak muda ini

Salah seorang peserta. Salute untuk anak muda ini.
Live Bersih 3.0! Tembakan Gas Dan Air Asid.

Gas pemedih mata dan meriam air mula ditembak ke arah peserta


Live Bersih 3.0! Polis Mula Tembak Gas Dan Water Canon!



Live Bersih 3.0! Abang Mat Sedang Berucap

Live Bersih 3.0. Lautan Manusia Berpakaian Kuning Memenuhi Segenap Ruang





Live Bersih 3.0. Pak Samad Sedang Memperkatakan Sesuatu

Live Bersih 3.0! Keadaan Berdekatan Dataran Merdeka. Polis Vs Rakyat

Live Bersih 3.0! YB Mahfuz, Salahuddin, Syed Azman, Dr Hatta di Bersih 3.0

Live Bersih 3.0! TG Presiden PAS Imam Solat Zohor Berjemaah Sebelum Berangkat Ke Dataran


Live Bersih 3.0! Ustaz Azhar Sudah Berada Di Tol Gombak. Takbir!

Live Bersih 3.0! DS Anwar Sedang Memberikan Ucapan Kepada Penyokong

Live Bersih 3.0! Azmin Ali Mengepalai Kumpulan Dekat Banginan Maybank

Live Bersih 3.0! Pandangan Dari Atas Udara. Allahuakhbar!

Live Bersih 3.0! Gambar TG Haji Hadi Bersiap Untuk Ke Dataran Himpun BERSIH 3.0. Takbir!

Live Bersih 3.0! Seorang anggota unit amal ditangkap.

Live Bersih 3.0! Keadaan di luar Masjid Negara

Live Bersih 3.0. Keadaan di depan Masjid Negara.

Orang ramai sudah mula menakluki hadapan Masjid Negara.
Polis masih cool.
Live Bersih 3.0! Orang ramai sudah memulakan perjalanan. Bersiap!

Live Bersih 3.0! Lensa dari Petaling Street

Live BERSIH 3.0: Lagi Gambar Kemaskini Dari Dataran Merdeka. Allahuakhbar!








KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini.
Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa.
Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat.
Sementara itu, di Taman Melewar, Gombak yang menjadi lokasi terakhir amanat pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, bilangannya juga dianggar lebih 10,000 orang.
Mereka yang hampir pasti menyertai perhimpunan yang bertujuan mendesak pemerintah mengadakan reformasi sistem pilihan raya, mulai esok pagi.
Tinjauan di paparan laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan peserta perhimpunan menyifatkan Bersih 3.0 sudah bermula.
“Perhimpunan Bersih akan tersemadi dalam sejarah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah anak cucuku bercerita di kemudian hari,” kata seorang peserta perhimpunan.






